Skip to main content

A new hope A new Life A new Journey



Assalamualaikum w.b.t .
First entry about myself . Nama aku Anna . korang boleh kenal aku as Anna . Aku seorang yang Obsess dengan warna pink sangat-sangat . so jangan tanya kenapa semua benda akan ada warna pink okay ? 😉😉😉😉😉😉😉
Based on the title above , mesti korang semua tertanya-tanya apa yang baru ? Actually semuanya baru . Dari A-Z . Nak tahu kenapa ? Kerana kehidupan yang lama telah membuat aku menjadi seseorang yang bukan diri aku yang sebenar . Aku terlalu mengikut trend kawan-kawan aku yang berada di sekolah dan di college . Sehingga aku menjadi leka dan hilang arah tujuan hidup aku sendiri . Yes , aku memang tak nafikan aku memang suka cara hidup aku yang lama berbanding hidup aku yang sekarang , tapi bila nak difikirkan balik , hidup aku yang lama itu lah yang sebenarnya menutup lampu yang sepatutnya menjadi penyuluh hidup aku selama ni . Aku tersesat ke jalan yang tiada arah tujuan . Melepak sana sini , ponteng kuliah dan macam2 lagi . Sekarang aku sedar yang kawan-kawan yang dulu aku rapat , yang aku sayang , yang aku anggap boleh menolong aku ketika aku susah semuanya hanyalah lakonan semata . Apabila tiba masa aku menghadapi kesukaran dalam menjalani liku-liku kehidupan . Segalanya hilang dan lenyap begitu saja . Yang aku tahu hanya ada aku dan diri aku sendiri . Tiada isitilah kawan atau rakan lagi 💪💪 . Semuanya ada niat tersendiri . Berkawan bermaksud kita mengambil berat dan rapat dengan seseorang , tetapi nasib aku mendapat kawan yang TIKAM BELAKANG 💢💢. Cuba untuk menjatuhkan aku . Cuba untuk membuat aku lupa siapa diri aku yang sebenar . And tidak lupa juga untuk orang yang dulu aku sayang , aku ambil berat , yang aku betul2 harap dapat membimbing aku dengan sempurna . Semuanya hanyalah lakonan dan dusta belaka . "Habis madu , sepah dibuang " Dia jugalah yang senang menabur janji yang tak akan pernah tertunai serta sumpah setia yang hanya palsu semata . Sekarang aku mulakan satu nafas dan kehidupan baru . Azam baru untuk menempuh segala liku-liku dan cabaran yang semakin mencabar diri aku sendiri . Satu harapan baru untuk aku memulakan segalanya sekali lagi . Aku merasakan masih belum terlambat untuk aku menjadi seorang yang mempunyai wawasan dan cita-cita dalam hidup . Bukan kemewahan yang aku inginkan . Cuma kesenangan dan kesempurnaan yang aku impikan . Segala yang ada di atas muka bumi ini hanyalah pinjaman semata dariNYA . Dulu aku telah salah dalam menggunakan segala yang diberi oleh NYA . Sekarang aku ingin menebus semula segalanya . Semoga Allah SWT permudahkan urusan aku di dunia dan di akhirat .

Comments